Perhimpunan pembelaan arwah Adib diadakan sebentar lagi

Himpunan aman akan dimulakan sebaik selesai solat Jumaat di sini hari ini.
Himpunan aman akan dimulakan sebaik selesai solat Jumaat di sini hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - [VIDEO]Himpunan Aman Pembelaan Untuk Arwah Adib akan diadakan sebentar lagi sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

Perhimpunan secara aman itu akan turut disusuli dengan ceramah oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Amran Ahmad Nor serta beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Pada 24 Julai lalu, prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ditutup selepas tiada lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Tutup prosiding bukanlah terkubur tanpa keputusan

Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi sedia ada namun tarikh keputusan inkues masih belum ditetapkan.

Difahamkan, keluarga Muhammad Adib bercadang memasukkan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada 21 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan inkuiri kes Muhammad Adib ditutup

Prosiding inkues punca kematian Muhammad Adib berjalan selama 41 hari bermula 11 Februari lalu.

Sepanjang prosiding, seramai 30 saksi dipanggil serta 137 eksibit dikemukakan.

Artikel Berkaitan:

Kes Muhammad Adib mendapat liputan meluas selepas parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Dalam pada itu, selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara.

Saksikan siaran langsung himpunan aman "Keadilan untuk Arwah Adib" di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur jam 2 petang bersama wartawan Sinar Harian, Muhamad Shamsul Abd Ghani dan Nurul Huda Husain. #SinarHarian #Adib #KeadilanUntukAdib

Posted by Sinar Harian on Thursday, August 1, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!