Indonesia tukar hukuman mati pengedar dadah Perancis

Hukuman mati dijatuhkan ke atas Dorfin (tengah) dtitukar kepada hukuman 19 tahun penjara.
Hukuman mati dijatuhkan ke atas Dorfin (tengah) dtitukar kepada hukuman 19 tahun penjara.
A
A
A

JAKARTA - Mahkamah Indonesia mengubah keputusan hukuman mati dikenakan ke atas seorang pengedar dadah rakyat Perancis kepada hukuman 19 tahun penjara, kata peguamnya kepada AFP hari ini.

Keputusan itu dibuat kurang tiga bulan selepas Felix Dorfin dijatuhkan hukuman mati kerana ditangkap kerana menggunakan beg bimbit untuk menyeludup dadah ke negara Asia Tenggara itu.

Denny Nur Indra sebelum ini berkata, anak guamnya adalah mangsa keadaan kerana tidak mengetahui isi kandungan beg bimbit yang dibawanya.

Pendakwa raya menuduh Dorfin menyeludup kira-kira tiga kilogram kokain, ecstasy dan amphetamine.

Tertuduh berusia 35 tahun dari Benthune di utara Perancis ditahan selepas tiba di lapangan terbang Lombok dari Singapura pada September lalu.

Lelaki Perancis itu lari dari penjara akhir Januari lalu dengan menggergaji pagar besi pada tingkap di tingkat dua penjara dan turun menggunakan kain sarung.

Dia menghabiskan dua minggu diburu sebelum ditangkap semula dalam hutan di Lombok Utara.

Polis berkata, Dorfin cuba merasuah pegawai untuk membenarkannya bolos.

Artikel Berkaitan:

Seorang pegawai polis wanita ditahan kerana didakwa membantu Dorfin lari dari penjara dengan bayaran Rp14.5 juta (RM4,076.64). - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!