Hasrat berurut berakhir dengan kejadian cabul

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang paderi ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 1 Disember lalu di pangsapuri Pinang Laguna 2, Perai di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa datang ke rumah paderi berkenaan yang juga bapa angkat kepada rakannya bagi mendapatkan rawatan urutan sendi selepas dimaklumkan lelaki itu boleh merawatnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek pada mulanya hanya mengurut pada bahagian kaki namun tidak lama kemudian suspek membuka semua pakaian manga.

"Lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa mangsa perlu diurut seluruh anggota badan bagi memastikan peredaran darah berjalan lancar dan menyentuh kemaluan mangsa.

"Kononnya dia berbuat demikian kerana penyakit yang dialami mangsa tertumpu pada bahagian kemaluan dan suspek juga sempat bertanya adakah dia suka dengan cara begini serta memberi amaran agar tidak menceritakan kepada sesiapa mengenai kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mangsa sebelum ini beberapa kali diraba oleh suspek ketika dia datang ke rumah untuk berjumpa dengan rakannya malah suspek juga sebelum ini pernah menyatakan mahu merogol mangsa.

Trauma dengan kejadian itu,mangsa tampil membuat laporan polis sebelum suspek berjaya diberkas pada 18 Disember lalu di rumahnya.

Nik Ros Azhan berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth esok untuk pertuduhan dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!