Gempa di Jakarta: Duta, wartawan Malaysia selamat

Penduduk tempatan keluar daripada kediaman masing-masing selepas Jakarta digegarkan dengan gempa berukuran 7.4 skala Richter. - Foto AFP
Penduduk tempatan keluar daripada kediaman masing-masing selepas Jakarta digegarkan dengan gempa berukuran 7.4 skala Richter. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA – Gempa bumi berkekuatan 7.4 magnitud dilaporkan melanda wilayah Indonesia sebentar tadi mencemaskan delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Ismawi).

Ketika kejadian, delegasi yang sedang mengikuti taklimat dan wawancara bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana di sebuah bilik mesyuarat di Tingkat 8, Menara Lion Tower di Jakarta Barat.

Rusdi dan kumpulan wartawan itu kemudian bergegas turun melalui tangga kecemasan apabila menyedari lantai bangunan itu bergoyang selama dua minit.

Rusdi yang merupakan pemilik syarikat penerbangan Lion Air memberitahu, itulah pertama kali beliau merasai bangunan ibu pejabat Lion Air itu bergoyang kerana gempa.

Gempa berlaku sekitar 7.03 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer itu berpusat di wilayah Banten, kira-kira 120 kilometer ke barat daya Jakarta.

Agensi Meteorologi dan Geofizika (BMKG) berkata, susulan gempa tersebut, agensi itu turut mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.

Gegaran turut dirasai di Jakarta dan kawasan sekitarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa kuat gegar Banten, Indonesia keluar amaran tsunami

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!