Kembar siam Bangladesh berjaya dipisahkan
DHAKA - Sepasukan 35 pakar bedah Hungary berjaya memisahkan sepasang kembar siam Bangladesh yang bercantum di bahagian tengkorak selepas menjalani pembedahan selama 30 jam.
Kembar berusia tiga tahun itu dinamakan sebagai Rabeya dan Rukaya, lahir dalam keadaan kepala mereka bercantum dan ia hanya berlaku sekali dalam setiap enam juta kelahiran.
Pakar bedah Andras Csokay berkata, keadaan pasangan kembar siam itu stabil dan kini dalam proses pemulihan.
Sementara itu, bapa kepada pasangan kembar itu, Rafiqul Islam turut melahirkan rasa lega dan gembira atas kejayaan itu.
“Doktor berjaya memisahkan anak saya. Saya menyaksikannya sendiri. Keadaan mereka baik. Saya berharap kedua-dua anak perempuan saya akan pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan normal," kata Islam.
Sebelum pembedahan doktor hanya memberi peluang 50 peratus untuk pasangan kembar itu terselamat. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!