Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan di Bangkok
BANGKOK - Wisma Putra hari ini memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian siri letupan di Thailand hari ini.
“Kementerian Luar menasihatkan warga Malaysia yang melancong atau menetap di Thailand secara umumnya, dan Bangkok secara khususnya, supaya terus berwaspada dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri sepanjang masa,” menurutnya dalam satu kenyataan malam ini.
Kenyataan itu turut menggesa rakyat Malaysia yang melancong atau menetap di Thailand supaya mendaftar diri dengan pejabat Kedutaan Malaysia di Bangkok, dan pendaftaran boleh dibuat sama ada menerusi email atau faks.
Menurutnya rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan juga boleh terus ke pejabat Kedutaan di Bangkok di alamat 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn, Bangkok 10120, Thailand, atau menelefon +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu pejabat), faks +66-2-679 2208 atau email mwbangkok@kln.gov.my.
Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan cedera dalam insiden beberapa letupan di tengah kesibukan kota Bangkok pagi tadi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!