Jom sertai Malaysia #QuranHour

Malaysia #QuranHour akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 ogos ini.
Malaysia #QuranHour akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 ogos ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada 30 Ogos ini mengangkat tema ‘Pesan Kemerdekaan Surah al-Kahf’ sempena sambutan kemerdekaan negara ke-62.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata, penganjuran kali kelima itu membawa sedikit kelainan dengan mengajak masyarakat memahami erti kemerdekaan daripada surah al-Kahf dan memberi penekanan kepada kupasan inti surah tersebut.

“WUI dan penganjur bersama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berganding bahu menjayakan Malaysia #QuranHour dan ia berlainan dengan program sebelum ini kerana sejak awal 1440 Hijrah hingga penghujung tahun hijrah ini 29 Zulhijah iaitu penutup tahun 1440, surah al-Kahf terus dibincangkan.

“Malaysia #QuranHour diadakan setiap tahun sebagai program menjelang kemerdekaan dan pada tahun ini menjelang Hari Kebangsaan ke-62.

“Kita akan mengupas 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah al-Kahf sebagai pesan kemerdekaan sekali gus mengajak masyarakat menjadi bangsa bersyukur dan sama-sama mendoakan kesejahteraan negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Marhaini Yusoff
Marhaini Yusoff

Menurut beliau, antara lain ia memperjelaskan inspirasi dan usaha agar manusia mampu melonjakkan potensi berlandaskan nilai diri berteraskan al-Quran dan sunnah.

#QuranHour menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latar belakang dan ideologi dalam mengagungkan al-Quran seterusnya mewujudkan dunia yang berbudi dan penyayang atau rahmah.

Artikel Berkaitan:

“Kita menyasarkan 5,000 hingga 7,000 peserta dapat bersama-sama membaca al-Quran secara serentak selama satu jam, bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. Namun program di lokasi perdana, Masjid Putra akan bermula lebih awal iaitu pada jam 10.30 pagi.

“Dalam program itu, kita akan menjemput seorang tokoh ilmuwan dan tokoh pemuda untuk menyampaikan pesan berkaitan surah al-Kahf,” katanya.

Para peserta Malaysia #QuranHour bergambar kenangan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor pada Jun 2017.
Para peserta Malaysia #QuranHour bergambar kenangan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor pada Jun 2017.

Program Malaysia #QuranHour juga akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!