Lelaki mengaku tak salah ugut ibu dengan pisau
A
A
A
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hasbullah Wahab, 36, telah mengugut ibunya yang berusia 60 tahun, dengan ugutan menyebabkan kematian pada 19 Disember lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 6.30 pagi,di hadapan sebuah rumah di Manir, di sini.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif.
Noradila kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari depan dan turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!