Istana Raja Billah destinasi pelancongan baharu di Papan

Istana Raja Billah
Istana Raja Billah
A
A
A

IPOH - Bila sebut Papan, sudah pasti rakyat Perak mengenalinya sebagai sebuah kawasan penempatan penduduk negeri ini.

Sekali imbas, tidak ada apa-apa keistimewaan di kawasan bekenaan melainkan sebuah pekan kecil beberapa struktur bangunan-bangunan usang.

Antara struktur bangunan Istana Raja Billah yang masih wujud.
Antara struktur bangunan Istana Raja Billah yang masih wujud.

Bagaimanapun mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Papan sebenarnya berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan baru-baru ini mendapati wujud tiga lokasi yang dilihat berpotensi dijadikan destinasi pelancongan baharu di negeri ini.

Antara destinasi pelancongan yang dikenal pasti adalah istana Raja Billah (seorang kerabat raja dari Mandailing), yang masih utuh dan tersergam di kawasan berkenaan.

Saadiah dan Sahariah dua penduduk Melayu di kawasan berkenaan.
Saadiah dan Sahariah dua penduduk Melayu di kawasan berkenaan.

Tambah menarik, bersebelahan dengan istana berkenaan wujud sebuah rumah yang hanya didiami oleh dua wanita warga emas Saadiah Kamaruddin, 78 dan Sahariah nafis, 64 yang mengakui tinggal berdua sejak 25 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Malah menurut Saadiah yang mengakui dirinya sebagai cicit Raja Billah, dia telah menetap di rumah berkenaan sejak dilahirkan.

"Mak dan ayah saya sepupu dan mereka juga adalah cucu kepada Raja Billah ini.

"Mak cik anak sulung. Mak cik ada sembilan beradik semuanya. Seorang dah meninggal dunia.

"Mak cik tak ada anak dan setelah berpisah dengan suami mak cik tinggal dengan seorang kawan di sini," katanya.

Saadiah
Saadiah

Tambah Saadiah, untuk sara hidup seharian dia ada menerima bantuan sara hidup sebanyak RM350 sebulan.

Selain itu, dia juga ada menerima tempahan biskut raya (kuih raya) yang dijadikannya sebagai perbelanjaan tambahan.

"Setakat ini itulah wang sara hidup kami. Untuk makan dan minum kami masak sendiri dan ada masanya anak adik saya datang menjenguk," katanya.

Antara struktur bangunan Istana Raja Billah yang masih wujud
Antara struktur bangunan Istana Raja Billah yang masih wujud

Dalam pada itu, Saadiah mengakui tidak memiliki kunci Istana Raja Billah tetapi sebaliknya ada dalam simpanan saudaranya.

Katanya, memang ramai yang pernah ke sini tetapi tidak berpeluang memasuki istana berkenaan.

"Saya memang tak ada simpan kuncinya. Lagipun, kami tak sebut istana, kami sebut 'rumah besar.'

"Dulu memang meriah kat sini. Ramai orang. Sekarang tinggal kami berdua sahaja di sini.

"Lagipun, kami memang tak mahu keluar dari sini dan mahu terus tinggal di sini. Kami juga seronok kerana kawasan ini nak dibangunkan," katanya.

Antara rumah lama berhampiran Istana Raja Billah.
Antara rumah lama berhampiran Istana Raja Billah.

Sementara itu Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar berkata, pihaknya akan memohon bantuan kerajaan dalam usaha menaiktaraf keseluruhan kawasan Papan Lama ini yang dilihat berpotensi sebagai salah satu destinasi pelancongan di Perak.

Surau lama di kawasan berkenaan.
Surau lama di kawasan berkenaan.

Katanya, selain Istana Raja Billah yang ada di kawasan berkenaan, pelancong juga boleh melawat rumah mendiang Sybil Kathigesu yang menjadi mangsa seksaan tentera Jepun kerana didapati membantu pihak Tentera Anti Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) ketika Tanah Melayu (ketika itu) di bawah pemerintahan Jepun serta taman herba.

"Kawasan ini ada potensi pelancongan yang cukup tinggi. Ada sejarah tokoh terkenal Sybil Kartigesu istana Raja Billah ada juga Taman Herba di kawasan ini, tetapi ramai yang tak tahu. dan ada juga beberapa filem pernah dibuat (penggambaran) di sini sebelum ini.

"Hari ini pula kita lakukan gimik proses pembinaan dewan orang ramai di sini hasil peruntukan berjumlah RM280,000 daripada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan setengah dari sekarang.

"Oleh itu diharapkan dewan ini nanti dapat memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar melibatkan kawasan Papan, Papan Baharu, Taman Puspa dan juga Pusing," katanya.

Sivakumar menyempurnakan gimik pelancaran pembinaan Dewan Orang Ramai Papan Lama.
Sivakumar menyempurnakan gimik pelancaran pembinaan Dewan Orang Ramai Papan Lama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!