Tiga hari hilang di laut: Pekerja resort ditemui selamat

Anggota APMM melakukan tinjauan di perairan Dungun pada operasi SAR semalam.
Anggota APMM melakukan tinjauan di perairan Dungun pada operasi SAR semalam.
A
A
A

DUNGUN - Selepas tiga hari hilang di laut, tiga pekerja resort Pulau Tenggol, di sini, dijumpai dalam keadaan selamat hari ini.

Mangsa, Fauzi Mohamad, 40; Mohammad Firdaus Mohd Awalludin, 25, dan Mohamad Hafiz Abdul Rahim, 22, diselamatkan nelayan Thailand di perairan antara sempadan Thailand dan Vietnam sebelum dibawa ke Pelantar Minyak Bunga Orkid milik Petronas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerima panggilan telefon daripada Penyelia Platform Bunga Orkid Petronas mengenai penemuan mangsa pada jam 1 pagi hari ini.

Katanya, bot dinaiki mangsa mengalami kerosakan dan hanyut sebelum diselamatkan kapal nelayan Thailand terbabit.

"Ketika ditemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan baik dan memberitahu bot nelayan Thailand mereka bekerja di Pulau Tenggol.

Dari kiri Fauzi, Mohamad Hafiz dan Mohammad Firdaus.
Dari kiri Fauzi, Mohamad Hafiz dan Mohammad Firdaus.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja resort dikhuatiri hilang

"Mereka bertiga kemudian diberikan rawatan di pelantar minyak itu dan proses untuk mengambil mereka diurus Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 9 pagi hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dengan penemuan kesemua mangsa juga operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan kelmarin ditutup.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ketika dalam perjalanan dari Jeti A'King di Kuala Dungun ke Pulau Tenggol untuk menghantar bekalan air minuman dan tong gas memasak ke resort mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!