Lebih 50 cedera di Gaza
GAZA - Tentera Israel sekali lagi bertindak ganas apabila menyerang dan mencederakan 51 penduduk Palestin yang berhimpun di sepanjang sempadan Gaza semalam.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, daripada jumlah itu seramai 24 mangsa cedera akibat terkena peluru hidup.
Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qedra berkata, dua wartawan antara yang cedera dalam kejadian tersebut.
Ribuan penduduk Palestin berhimpun di sepanjang pagar sempadan sejak protes besar-besaran 'Great March of Return' tercetus pada 30 Mac tahun lalu.
Perhimpunan setiap Jumaat itu bertujuan meningkatkan tekanan kepada Israel supaya melonggarkan sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak 12 tahun lalu.
Ia juga bertujuan menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman dan tanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada 1948. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!