Dua hari tanpa gajet dapat RM4,157!

Peserta 'Digital Detox Challenge' ditawarkan wang tunai sekiranya sanggup habiskan cuti hujung minggu tanpa gajet. - Gambar hiasan
Peserta 'Digital Detox Challenge' ditawarkan wang tunai sekiranya sanggup habiskan cuti hujung minggu tanpa gajet. - Gambar hiasan
A
A
A

UTAH - Sebuah syarikat pembekal internet di Amerika Syarikat menawarkan ganjaran lumayan bagi peserta yang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu tanpa sebarang gajet.

SatelliteInternet.com menampilkan 'Digital Detox Challenge' yang menawarkan wang tunai AS$1,000 (RM4,157) buat seorang peserta yang sanggup menghabiskan cuti hujung minggu di Taman Negara Joshua Tree di California, dengan syarat mereka tidak boleh menggunakan sebarang gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba selama dua hari.

"Hanya pada hari terakhir cabaran peserta akan dibenarkan menggunakan gajet untuk menceritakan pengalaman," kata syarikat terbabit.

Seorang peserta bertuah akan dipilih pada 26 Ogos ini dan akan ditempatkan di sebuah lokasi Airbnb yang dilengkapi kemudahan seperti pendingin hawa dan juga kolam renang.

"Peserta boleh menggunakan kesempatan ini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menikmati keindahan alam, membaca buku, meditasi atau apa sahaja selain menghadap gajet," kata syarikat terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!