Lima tahanan ditembak mati di tengah Mexico

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

CELAYA - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah balai polis dan menembak mati lima orang tahanan di tengah Mexico, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negeri, Juan Jose Martinez berkata, kumpulan itu tiba dengan beberapa buah kenderaan dan melepaskan tembakan ke atas lima lelaki yang tidak dikenali di dalam sel mereka di balai polis negeri Guanjuanto semalam.

Martinez bagaimanapun tidak mendedahkan mengapa mangsa ditahan oleh pihak berkuasa.

Seorang pengawal yang berada di tempat kejadian ketika serangan itu berlaku, berjaya melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Guanajuato adalah salah satu pusat perindustrian terbesar di Mexico dan merupakan pangkalan bagi syarikat kereta dan penerbangan global.

Ia menjadi sasaran organisasi jenayah yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah, peras ugut, culik dan mencuri bahan api. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!