Kanak-kanak jumpa bom tangan lama

Bom lama yang ditemui kawasan sungai di Kampung Buso. - Foto IHSAN PDRM
Bom lama yang ditemui kawasan sungai di Kampung Buso. - Foto IHSAN PDRM
A
A
A

BAU - Seorang kanak-kanak menemui sebutir bom tangan lama di kawasan sungai di Kampung Buso, di sini sekitar jam 5.30 petang pada Khamis lalu.

Memetik laporan sebuah portal berita, bom berkenaan ditemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ketika sedang mandi di sungai tersebut dan memaklumkannya kepada bapa saudaranya sebelum laporan polis dibuat pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah pergi ke tempat kejadian pada jam 10 pagi semalam dan telah membuat pemusnahan dengan letupan 'insitu' (tidak mengalihkan bom dari kedudukan ditemui).

"Pemusnahan selesai dengan jayanya pada jam 11 pagi tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!