Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi sedang dinilai

Poster telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi mendapat kritikan netizen susulan poster yang tersebar di media sosial itu mengangkat tema LGBT.
Poster telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi mendapat kritikan netizen susulan poster yang tersebar di media sosial itu mengangkat tema LGBT.
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi belum ditayangkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), namun netizen telah memberikan kritikan dan bantahan susulan posternya tersebar di media sosial.

Difahamkan netizen membantah telemovie tersebut kerana mengangkat tema pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgander (LGBT) di tahfiz yang secara tidak langsung akan memberikan gambaran buruk kepada pelajar serta pusat pengajian itu.

Menjawab perkara tersebut, Jabatan Penyiaran Malaysia dalam satu kenyataan berkata, telemovie tersebut masih belum dijadualkan dalam siaran dan masih dalam proses penilaian.

"RTM sentiasa menghargai dan menerima maklum balas daripada orang ramai terhadap pandangan yang diberikan," katanya hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!