Dahulu dedak, sekarang dedak dah basah...

Ciapan KJ di laman mikro Twitter, miliknya hari ini.
Ciapan KJ di laman mikro Twitter, miliknya hari ini.
A
A
A
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyindir Kementerian Kewangan yang menggunakan pangkalan data BR1M dalam pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menerusi ciapan terbaharunya, Khairy Jamaluddin yang mesra disapa KJ berkata, BR1M dahulunya digelar sebagai 'dedak' oleh pembangkang ketika itu.

"Dulu cakap dedak. Sekarang ini dedak basah. Database (pangkalan data) pun pakai BR1M. Malaysia Baharu apa? Oh ya, tak ada 1MDB," katanya.

Hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pembayaran BSH 2019 fasa pertama RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari depan mengikut pangkalan data dan kaedah lama.

Kenyataan Guan Eng itu terus mendapat respons bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyifatkan ia sebagai u-turn yang agak tajam juga oleh kerajaan PH.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!