Bekas Ketua Pengarah JPJ meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Ampang, di sini malam tadi.

Allahyarham, 60, yang menerima rawatan kimoterapi di hospital itu sejak 18 Julai lepas, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.19 malam, meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Shariff dan empat orang anak.

Anak keduanya, Shahirah Nadzri yang mengesahkan perkara itu berkata, penyakit leukemia yang dihidap bapanya dikesan sejak Febuari lepas, selepas mengadu sesak nafas.

Menurutnya, rawatan kali ketiga di hospital berkenaan dibuat kerana masalah darah putih, kembali tidak normal di samping daya tahan badannya tidak kuat.

“Ayah sebelum ini pernah berpesan, minta kami menjaga emak kerana katanya dia dah tak lama,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jenazah bapanya dikebumikan malam ini Tanah Perkuburan USJ2, Subang Jaya, Selangor selepas urusan di hospital selesai.

Allahyarham dilantik menjadi Ketua Pengarah JPJ pada tahun 2016 dan bersara dari jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mac lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!