Pencuri sos tomato mohon maaf

Pencuri sebotol sos tomato dari sebuah restoran di New Jersey menyerahkan dua botol baharu dan sepucuk surat memohon maaf.
Pencuri sebotol sos tomato dari sebuah restoran di New Jersey menyerahkan dua botol baharu dan sepucuk surat memohon maaf.
A
A
A

NEW JERSEY - Seorang pencuri yang mengambil sebotol sos tomato dari sebuah restoran di New Jersey, Amerika Syarikat menyerahkan dua botol sos yang baharu serta sepucuk surat sebagai tanda minta maaf.

Surat dan botol sos tersebut ditemukan berhampiran pintu masuk Restoran Perkin di bandar Lacey pada malam Rabu lalu oleh pengurus restoran yang mahu menutup premis berkenaan.

Dalam surat yang dikongsi di laman Facebook, pencuri mengakui mengambil botol sos tersebut ketika makan di restoran terbabit.

Si pencuri turut menyatakan dirinya ditimpa nasib malang termasuk terlibat dalam kemalangan hanya beberapa jam selepas mencuri sebotol sos tersebut.

Dengan mengembalikan dua botol sos tomato yang baharu, diharapkan nasib buruknya akan berlalu.

"Sekali lagi saya meminta maaf sekiranya saya sudah menyusahkan anda sepertimana hidup telah menyusahkan saya," kata si pencuri dalam surat itu.

Dalam pada itu, pengurus restoran berkata, pihaknya memaafkan pencuri berkenaan dan memberitahu bahawa pekerjanya tidak menyedari kehilangan botol sos tersebut.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!