Dua warga Myanmar sembunyi dalam sangkar ikan

Dua warga Myanmar ditahan APMM Kuala Kurau kerana tiada dokumen perjalanan dan permit bekerja sah semalam.
Dua warga Myanmar ditahan APMM Kuala Kurau kerana tiada dokumen perjalanan dan permit bekerja sah semalam.
A
A
A

KUALA KURAU - Dua warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) gara-gara tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit bekerja sah di perairan Kuala Gula di sini semalam.

Pemangku Pengarah APMM Zon Kuala Kurau, Leftenan Maritim Safril Aza Mustapa berkata, kedua-dua warga Myanmar itu ditahan pada jam 12.45 tengahari pada kedudukan 3.6 batu nautika berhampiran perairan Kuala Gula kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, bot peronda APMM membuat pemeriksaan sebuah sangkar ternakan ikan dan mendapati ada dua warga Myanmar itu bersembunyi dalam sangkar itu.

"Kedua-dua suspek berumur 20 dan 40 tahun.

"Dua warga asing itu dibawa ke Zon Maritim Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada Seksyen Siasatan APMM Kuala Kurau untuk siasatan lanjut," katanya.

Safril Aza berkata, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!