Saya akan usaha baiki kelemahan: MB Johor
Menurutnya, tiada siapa menjangkakan peristiwa tersebut boleh terjadi di kawasan Pasir Gudang yang pesat membangun dan penyumbang kepada ekonomi negara serta Johor khususnya.
“Lebih mendukacitakan apabila kita baru sahaja selesai menangani isu pencemaran Sungai Kim Kim yang turut memberi kesan terhadap kesihatan penduduk sekitar kawasan ini.
“Namun begitu, insiden kedua ini bukanlah berpunca daripada buangan sisa kimia di sungai tersebut. Ia adalah sesuatu yang sangat berbeza,” katanya ketika berucap pada Sesi Townhall Isu-isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.
Sebagai ketua negeri, Dr Sahruddin berkata, beliau sentiasa mengambil berat dan mengambil tahu perkembangan semasa di Pasir Gudang, malah bertanya keadaan semasa menerusi jabatan dan kementerian berkaitan.
Selain mengakui berkemungkinan terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki, beliau dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha membaiki kelemahan sedia ada.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!