Lapan anggota polis alami muntah, loya kini stabil

Dzulkefly (kiri) dan Mohd Anuar turut melakukan pemeriksaan tekanan darah sempena perasmian program tersebut di Dewan Terbuka Taman Pulai Idaman di Kampung Padang Lalang di sini hari ini.
Dzulkefly (kiri) dan Mohd Anuar turut melakukan pemeriksaan tekanan darah sempena perasmian program tersebut di Dewan Terbuka Taman Pulai Idaman di Kampung Padang Lalang di sini hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Lapan anggota polis yang mendapat rawatan setelah mengalami simptom muntah dan loya kini stabil selepas melakukan pemantauan di tapak lokasi penemuan 15 tong berisi bahan kimia dipercayai sodium sianida yang ditemui di ladang kelapa sawit Felcra Sempa, Karak di sini pada Jumaat lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, lapan anggota terbabit iaitu empatnya masih ditahan di wad biasa di Hospital Bentong untuk pemantauan.

Menurutnya, empat lagi menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.

"Kesemua mereka dalam keadaan stabil termasuk yang ditahan di wad," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran program 'Kampungku Sihat' Parlimen Temerloh di Dewan Terbuka Taman Pulai Idaman di Kampung Padang Lalang di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Tahir yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Sebelum ini Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Peladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin memberitahu siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan sampel bahan itu telah dihantar ke Jabatan Kimia.

ARTIKEL BERKAITAN:15 tong hitam berisi bahan kimia ditemui di ladang kelapa sawit

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!