2019 tahun paling mencabar buat Johor: MB

- Foto Bernama
- Foto Bernama
A
A
A

PASIR GUDANG - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyifatkan tahun 2019 sebagai tahun yang mencabar buat Johor, khususnya di Pasir Gudang.

Menurutnya, negeri itu diduga dengan kejadian pembuangan sisa toksik haram di Sungai Kim Kim pada Mac lalu, dan insiden gangguan kesihatan baru-baru ini.

"Insiden ini merupakan ujian yang sangat besar bagi Johor.

"Tidak siapa pun menjangkakan peristiwa ini boleh terjadi di kawasan Pasir Gudang yang pesat membangun dan penyumbang kepada ekonomi negara dan Johor khususnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Townhall Isu-Isu Semasa Pasir Gudang di Stadium Tertutup Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Turut hadir Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar serta Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon.

Hadir sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar; Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Zainor Adani.

Sahruddin berkata, sebagai ketua pentadbiran negeri, beliau sentiasa mengambil berat dan tahu perkembangan semasa di Pasir Gudang malah sering bertanya menerusi jabatan dan kementerian berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagaimanapun dirinya akui mungkin terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki.

"Sebagai ketua (pentadbiran) negeri, saya dengan rendah diri memohon maaf kepada penduduk Pasir Gudang dan berjanji akan berusaha membaiki kelemahan sedia ada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!