Mohd Hanis terajui Pemuda Amanah NS
SEREMBAN - Mohd Hanis Alimin dipilih sebagai Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan yang baharu bagi sesi 2019-2022 menggantikan Muhamad Zaki Md Sabri.
Pemilihan Mohd Hanis, 30, dibuat oleh 17 ahli jawatankuasa yang dilantik perwakilan pada Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Sembilan hari ini.
Barisan kepimpinan baharu itu menyaksikan perubahan drastik apabila keempat-empat jawatankuasa tertinggi yang dipilih berusia 30 tahun ke bawah.
Mereka ialah Timbalan Ketua Pemuda, Mohd Aliff Ibrahim, 28; Naib Ketua Pemuda 1, Ahmad Shukri Kamaruddin, 29, dan Ketua Pemuda 2, Mohd Syahir Ali, 28.
Mohd Hanis berkata, beliau menghargai kepercayaan diberi dan bersedia bekerjasama dengan semua kepimpinan sama ada baharu atau lama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!