Tolak sistem cai, nilai secara demokrasi

Hasnul Zulkarnain (kanan) menyaksikan gimik perasmian disempurnakan Asmuni.
Hasnul Zulkarnain (kanan) menyaksikan gimik perasmian disempurnakan Asmuni.
A
A
A

IPOH - Pemuda Bekerja tidak mengiktiraf sistem 'cai' dalam membuat pemilihan calon sebaliknya lebih kepada pengenalan pasukan untuk dinilai secara demokrasi sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, pengenalan pasukan itu dibuat lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pemilihan bagi memberi ruang ahli melihat sejauh manakah kemampuan senarai calon yang dikeluarkan.

"Jadi tidak ada sistem cai digunakan kerana istilah itu lebih kepada 'terpaksa memilih' (calon) seterusnya tidak memberi peluang kepada ahli parti membuat pemilihan.

"Saya lebih suka menggunakan istilah pengenalan kepada pasukan yang mengangkat semangat demokrasi dengan memperkenalkan dahulu calon-calon," katanya pada sidang media sempena Konvensyen Tahunan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak hari ini.

Beliau berkata, isu berkenaan timbul selepas Pemuda Bekerja di bawah pasukannya memperkenalkan barisan calon untuk diketengahkan yang mana sebahagiannya merupakan calon pemilihan Pemuda Amanah Nasional yang dijadualkan berlangsung Oktober depan.

"Di peringkat negeri, kita memang tidak memperkenalkan cara ini, terpulang kepada kebijaksanaan ahli, berbeza di peringkat nasional kerana melibatkan seluruh negara, makanya kita perkenalkan (calon) dari peringkat awal lagi," katanya.

Pada masa ini, sayap Amanah itu berpecah tiga iaitu Pemuda Bangkit diketuai Ketua Pemuda Selangor, Abbas Azmi yang dikatakan menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala kumpulan Pemuda Bekerja diketuai Hasnul Zulkarnain pro Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan ketiga ialah Pemuda Wibawa yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Perak kali ketiga itu dirasmikan Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi dan turut dihadiri Ketua Pemuda Amanah Pusat, Mohd Sany Hamzan.

Pemilihan kali ini menyaksikan Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda Amanah negeri, Mohd Syamsul Alaudin dilantik sebagai Ketua Pemudah Amanah negeri yang baharu.

Timbalan Ketua Pemuda dipegang Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis sementara Muhamad Nakhaie Abd Wahab dan Mohd Fitri Asmuni sebagai Naib Ketua 1 dan 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin larang guna sistem 'cai'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!