Pengenalan seni khat, tulisan jawi perlu dibuat secara galakan

Seng Giaw
Seng Giaw
A
A
A

SHAH ALAM - Pengenalan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu tahun empat mulai tahun depan perlu dilaksanakan secara galakan.

Veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, beliau melihat langkah tersebut sangat baik namun ia tidak boleh dibuat secara paksa.

"Ia menarik minat orang seperti saya tetapi pihak Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil kira masyarakat majmuk di negara ini.

"Jadi pengenalan tulisan haruslah secara galakan dan tidak dipaksakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan tetap dengan keputusan memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi itu walaupun mendapat tentangan segelintir pihak termasuk pemimpin DAP.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta SJK Tamil dan ia turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid tahun empat menjelang 2020.

Beberapa pemimpin akar umbi DAP termasuk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu turut menyatakan bantahan terhadap keputusan pelaksanaan khat dan tulisan jawi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!