Senjata gajet kecantikan wanita
GAJET untuk wanita? Pastinya teknologi peranti khas berikut mampu menjadi ‘senjata’ wanita untuk kekal cantik avant-garde.
Kairetool Essential Matte
Mungkin nampak seperti alat si tukang baiki rumah tetapi sebenarnya gajet itu cukup penting untuk kulit. Hanya mengurut kulit dengan serum pilihan, akan meningkatkan peredaran darah pada wajah sekali gus menjadikan kulit ‘glowing’. Peranti unik itu mampu mencetuskan titik acupressure untuk melegakan ketengangan otot.
Foreo UFO
Hanya dalam tempoh 90 saat, topeng muka mampu menjalankan terapi pemanasan yang menenangkan dan ditambah cryotherapy penyejukan untuk rawatan LED. Peranti mudah alih itu membekalkan bahan aktif ke dalam kulit dengan suhu, getaran dan cahaya menjadikannya lebih berkesan yang pantas. Sambungkan Foreo anda ke aplikasi, imbas topeng dan ikuti rawatan yang dijana secara automatik.
Kinetic Smooth Hair Remover and Skin Polisher
Peranti cukup berguna ini mampu membuang rerambut berlebihan tanpa menyakitkan kulit dan tidak menggunakan air yang banyak ketika bercukur. Didatangkan dengan dua mata iaitu alat pencukur dengan dua bilah berputar dan satu lagi untuk membuang kulit mati.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!