Dua anggota polis sudah dibenar keluar wad
BENTONG - Dua anggota polis sudah dibenarkan keluar semalam selepas menerima rawatan di Hospital Bentong Jumaat lalu.
Anggota terbabit antara empat mangsa yang dirawat selepas melakukan pemantauan di tapak penemuan 15 tong bahan kimia di ladang kelapa sawit Felcra Sempa Karak di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusri Hasan Basri berkata, kesemua mangsa termasuk dua yang masih ditempatkan di Hospital Bentong berada dalam keadaan stabil.
"Mereka menunjukkan perkembangan positif dan kembali pulih, dua lagi yang masih berada di wad masih terus dipantau sebelum dijangka dibenarkan keluar dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN: 15 tong hitam berisi bahan kimia ditemui di ladang kelapa sawit
Tindakan tegas terhadap pemilik bahan kimia
"Kita berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan semua pihak termasuk masyarakat setempat lebih berhati-hati dalam berhadapan situasi seperti ini pada masa akan datang," katanya selepas melawat anggota terbabit di wad Hospital Bentong di sini semalam.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifley Ahmad memaklumkan lapan anggota polis disahkan mengalami simptom loya dan muntah selepas melakukan pemantauan di tapak tersebut pada Jumaat lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!