Rusuhan Kuil Kaliamma: 28 ditahan, lagi suspek diburu

Sebahagian 28 suspek rusuhan yang ditahan polis. Gambar kecil:Senjata yang dirampas polis dalam kejadian malam- FOTO POLIS
Sebahagian 28 suspek rusuhan yang ditahan polis. Gambar kecil:Senjata yang dirampas polis dalam kejadian malam- FOTO POLIS
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan 28 individu terlibat dalam rusuhan bersenjata di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, semua suspek lelaki itu ditahan sejak malam tadi hingga pagi ini di sekitar Kuala Selangor.

"Polis turut merampas lima bilah senjata tajam.

"Tangkapan dilakukan oleh Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan JSJ Kuala Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan reman ke atas semua suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cedera, orang awam parah insiden rusuhan di kuil

"Polis masih lagi memburu suspek lain yang telah dikenal pasti.

"Dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Dalam kejadian rusuhan malam tadi, seorang anggota polis cedera dan orang awam putus sebahagian tapak tangan kiri.

Artikel Berkaitan:

Sebelum rusuhan berlaku, satu perarakan Chariot (pedati berhias) diadakan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah di sini.

Namun, berlaku pertengkaran antara dua kumpulan dalam kalangan mereka dengan bersenjatakan parang dipercayai berpunca daripada pergaduhan geng akibat tidak berpuas hati berkaitan pemasangan khemah.

ARTIEKEL BERKAITAN: Polis cedera, orang awam parah insiden rusuhan di kuil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!