Dulu marah isteri ambil gambar lebih 20 kali

Perkongsian yang dimuat naik di Ifan di laman Instagramnya.
Perkongsian yang dimuat naik di Ifan di laman Instagramnya.
A
A
A
VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan, meminta sesiapa yang ada menyimpan gambar isterinya agar dapat berkongsi gambar itu dengannya.

Ini susulan telefon pintar miliknya hilang sewaktu tsunami melanda Selat Sunda hingga tidak memiliki gambar Allayarhamah isterinya, Dylan Sahara yang terkorban dalam bencana itu.

"Saya meminta tolong sesiapa yang ada gambar Dylan, hantarkan ke DM (direct message)," kata Ifan di entri Instagramnya.

Jelasnya, Dylan sangat gemar mengambil gambar pelbagai sudut hingga lebih 20 kali bergambar meskipun berada di lokasi dan gaya yang sama.

"Isteriku suka bergambar, di mana sahaja suka mengambil gambar berdua. Sehingga memaksa saya mengambil gambar lebih 20 kali untuk mendapat gambar yang cantik.

"Seperti gambar ini, dulu saya marah apabila dia muat naik di Instagramnya, tetapi kini ia jadi momen yang sangat indah," katanya.

Entri Ifan itu tular di media sosial dan meraih lebih 1 juta tanda suka dan ratusan komen dari netizen yang mendoakan agar dia terus tabah menghadapi dugaan besar dalam hidupnya.

Tragedi pada Sabtu lalu, Ifan bukan sahaja kehilangan isteri tersayang, tetapi juga empat sahabat baiknya, termasuk tiga anggota Seventeen yang lain.

Ketika kejadian, kumpulannya mengadakan persembahan sebelum tsunami melanda dan menghanyutkan mereka.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!