Mayat remaja dijumpai di jeti perikanan lama Labuan

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Remaja berusia 16 tahun, yang dikhuatiri lemas ketika memancing bersama-sama rakannya berhampiran jeti perikanan lama di sini pada Ahad pagi, dijumpai pada 10.15 pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata, mayat Mohd Hilmi Hamizan Ahmad, pelajar tingkatan empat SMK Labuan, dijumpai terbenam di dasar sungai yang berlumpur.

“Mayat dijumpai kira-kira 20 meter dari lokasi di mana dia dipercayai lemas, dan dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Zainal berkata, lebih 20 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!