Exco gesa hormati permintaan keluarga Nora Anne Quoirin
SEREMBAN - Kerajaan negeri menghormati permintaan keluarga remaja warga Ireland yang hilang sejak pagi Ahad untuk tidak bertemu dengan sesiapa ketika ini.
Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihaknya memahami keadaan keluarga yang mengalami tekanan emosi ketika ini.
"Saya sudah cuba menyantuni keluarga remaja perempuan Irish yang hilang tetapi mereka tidak mahu jumpa sesiapa sekarang.
"Kami hormati keputusan itu dan sewajarnya juga diberi ruang untuk mereka bertenang sementara polis dan semua pihak giat mencari remaja tersebut sehingga ditemui dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Sementara itu, polis hari ini melipatgandakan usaha dengan menambah anggota dalam operasi mencari dan menyelamat remaja itu, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari rumah penginapan ketika bercuti dengan ahli keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill di sini, pagi semalam.
Remaja itu disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya oleh keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN:Di mana Nora Anne Quoririn?
ARTIKEL BERKAITAN:Remaja warga Ireland dilapor hilang di Seremban
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!