Nikah April lalu, majlis resepsi Nina Iskandar pada hari jadi
PELAKON Nina Iskandar selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azlan Adzanan di Forest Valley Hall, Cheras, pada Ahad.
Pasangan ini terlebih dahulu telah diijabkabulkan pada awal April lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Bagaimanapun, majlis resepsi hanya diadakan empat bulan selepas pernikahan kerana kekangan masa dan kesibukan pasangan ini yang terikat dengan jadual penggambaran yang padat.
Menariknya majlis ini jatuh pada hari ulang tahun Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar ini yang ke-28.
Difahamkan Nina mula mengenali suaminya yang juga seorang penolong pengarah ketika bekerjasama dalam drama Setelah Cinta itu Pergi, arahan Heykal Hanafiah.
Majlis istimewa turut dihadiri rakan artis seperti Amar Baharin, Amyra Rosli, Faezah Elai, Heykal Hanifah, Shakila Khoriri, Putri Aishah, Zahiril Adzim, Datin Fouziah Gous dan David Teo.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!