Pesanan bapa Zahirah kepada Aiman Hakim

Pelakon, Zainol MacWilson
Pelakon, Zainol MacWilson
A
A
A
PELAKON, Zainol MacWilson meluahkan rasa gembira apabila anak sulungnya yang juga merupakan seorang pelakon, Zahirah MacWilson, 24, bakal berkahwin dengan aktor Aiman Hakim Ridza, tidak lama lagi.

Zainol, 61, berharap agar Aiman, 30, akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

"Tentunya saya berasa gembira dan seronok kerana Zahirah sudah bertemu dengan pilihan hatinya.

"Tetapi kalau ikutkan saya, sebenarnya tak mahu dia mendirikan rumah tangga buat masa ini disebabkan masih muda lagi. Kalau boleh 25 tahun ke atas dan sebolehnya bina nama dahulu, berkawan tak ada masalah.

"Namun itu sudah keputusan dia dan seandainya kalau saya menghalang mungkin ada perkara yang tak elok berlaku. Jadi saya sebagai bapa saya menerima sebab nak yang terbaik untuk anak kita.

"Justeru, saya minta agar Aiman jaga hati anak saya. Memang tak dinafikan dalam hidup ada asam garamnya, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

"Saya berharap sangat-sangat semua doakan yang terbaik untuk pasangan Zahirah dan Aiman hingga ke jannah," luahnya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Zainol Johari MacWilson atau Zainol MacWilson turut menyifatkan Aiman seorang yang menghormati orang tua.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah setaka ini yang saya nampak pada Aiman, dia menghormati saya.

"Sebagai bapa dan pelakon saya juga tahu seorang itu ikhlas atau tidak, lebih-lebih lagi Aiman juga seorang pelakon.

"Begitupun, daripada mata kasar saya alhamdulillah dia seorang yang pandai bergaul dan pandai ambil hati," katanya jujur.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Zahirah dan Aiman bakal disatukan sekitar Februari 2020, namun masih belum ada ketetapan tarikh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!