APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran

Kapal yang ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.
Kapal yang ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal FPSO (Floating Production Storage and Offloading) kerana berlabuh tanpa kebenaran pada 6.55 petang semalam di perairan Johor Timur.

Pengarah ZMTS, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal yang berdaftar di Port Kelang itu ditahan kapal peronda pada kedudukan lebih kurang 6 batu nautika Timur Tanjung Balau hasil daripada maklumat awam.

"Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

"Kapal tersebut dikendalikan oleh 32 kru termasuk nakhoda terdiri daripada 30 orang warganegara Malaysia dan dua lagi warganegara Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

Katanya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Zulfadli menegaskan lagi, pihaknya sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!