Pemuda bunuh diri selepas mengetahui siapa bakal isterinya
Segala-segalanya berpunca apabila pemuda terbabit yang didedahkan polis sebagai KL, terlalu kecewa setelah bertemu buat kali pertama dengan gadis pujaannya.
Kejadian berlaku di Kecamatan Kayan Hilir di Kalimantan Barat pada Isnin lalu, semasa majlis merisik di kediaman wanita terbabit.
Difahamkan, KL tidak pernah bertemu dengan wanita itu dan hanya menjalin hubungan menerusi telefon.
Kedua-duanya juga tidak pernah bertentang mata, apatah lagi melihat fizikal masing-masing.
KL berkenalan dengan wanita tersebut selepas mendapat nombor telefon daripada bapanya.
Bapa KL pula mendapat nombor telefon gadis terbabit menerusi satu rancangan radio.
"KL bersama bapanya dan seorang ketua kampung berangkat ke Dusun Kelangau untuk merisik wanita terbabit.
"Dan setibanya mereka di sana. KL terperanjat apabila wanita yang mahu dijadikan isteri sebenarnya cacat penglihatan," kata Ketua Polis Kayan Hilir, Ya Yanto.
Tambah Ya, KL kemudian menghubungi salah seorang abangnya di Katungau Hulu dan memberitahu niat untuk menamatkan riwayatnya.
Mayat KL ditemui tergantung di sebuah gudang selepas beberapa jam operasi mencarinya dijalankan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!