Jerebu pada paras sederhana

Bandar Kuantan diselubungi jerebu menyebabkan jarak penglihatan terhad dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap sederhana di bawah bacaan 100 ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama
Bandar Kuantan diselubungi jerebu menyebabkan jarak penglihatan terhad dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tahap sederhana di bawah bacaan 100 ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Indeks pencemaran udara (IPU) di seluruh negara mencatatkan bacaan bawah 100 yang menunjukkan kualiti udara sederhana setakat pukul 6 petang.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Balik Pulau, Pulau Pinang (88) diikuti Sungai Petani, Kedah (84).

Turut mencatatkan bacaan tertinggi ialah Seberang Jaya (82), Minden (82), Seberang Perai (83) dan Johan Setia Klang (83).

Majoriti semua kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala hanya Tawau, Sabah mencatatkan IPU paras baik dengan bacaan 48.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Artikel Berkaitan:


Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!