Pemimpin DAP hadir taklimat isu jawi, khat

Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching turut menghadiri taklimat berkaitan isu khat jawi di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto SINAR HARIAN
Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching turut menghadiri taklimat berkaitan isu khat jawi di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto SINAR HARIAN
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin DAP berkumpul di ibu pejabat parti itu di sini malam ini bagi menghadiri sesi taklimat berkaitan isu khat jawi di sekolah vernakular.

Antara pemimpin tertinggi yang menyertai taklimat itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Organisasi, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo; Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Setiausaha Agung, Teresa Kok serta pimpinan-pimpinan negeri.

Turut hadir ialah Setiausaha Antarabangsa DAP yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Bagaimanapun, pihak media dimaklumkan tiada sidang media diadakan malam ini sebaliknya DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasil taklimat itu esok.

Baru-baru ini, Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Pengumuman itu mendapat bantahan ramai pihak termasuk 138 pemimpin akar umbi dan 13 Adun DAP.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam maklum balasnya berhubung isu itu berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal.

Kementerian Pendidikan sebelum itu menyatakan pengenalan tulisan khat ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan turut memberi jaminan akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru.

ARTIKEL BERKAITAN: Saranan perkenal kaligrafi kaum lain boleh dipertimbang: Dr Maszlee

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!