Banduan kantoi menyamar

Silva memakai rambut palsu, topeng muka silikon, coli dan kemeja T ketat untuk menyamar sebagai anak perempuannya.
Silva memakai rambut palsu, topeng muka silikon, coli dan kemeja T ketat untuk menyamar sebagai anak perempuannya.
A
A
A

BRASILIA - Seorang pengedar dadah di Brazil 'kantoi' ketika cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa penjara di Rio de Janeiro mengeluarkan rakaman video menunjukkan banduan berusia 42 tahun terbabit memakai rambut palsu, topeng muka silikon, coli dan kemeja T ketat.

Anak perempuan Clauvino da Silva dilaporkan melawat bapanya di penjara digelar sebagai Bangu 3 di mana lelaki itu menjalani hukuman penjara 73 tahun dan 10 bulan.

"Dia merancang untuk 'bertukar tempat' dengan anak perempuannya. Tetapi, pengawal tidak terpedaya dengan penyamaran itu," kata jurucakap penjara.

Susulan insiden itu, anak perempuan Silva dan tujuh individu lain yang melawatnya telah disoal siasat.

Anak perempuannya mungkin akan didakwa kerana bersubahat.

Difahamkan, ia bukan cubaan pertama dibuat banduan itu.

Pada 2013, dia bersama 31 banduan lain dilaporkan cuba melarikan diri dari Vicente Piragibe Penal Institute di Gericini melalui sistem pembetungan penjara terbabit, namun akhirnya ditangkap.

Artikel Berkaitan:

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Silva bakal dipindahkan ke penjara keselamatan tinggi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!