Dua lelaki parah motosikal dinaiki terbabas

Lokasi kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam gaung di bawah jambatan terbabit. - Foto IHSAN BOMBA
Lokasi kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam gaung di bawah jambatan terbabit. - Foto IHSAN BOMBA
A
A
A

TEMERLOH - Dua lelaki parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di atas Jambatan Kampung Gajah Mati, Jalan Temerloh-Jerantut, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berumur 18 dan 22 tahun itu tercampak ke bawah jambatan kira-kira 15 meter dari jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba,Syed Moshen T Ismail berkata, enam anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.12 pagi.

Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa. - Foto IHSAN BOMBA
Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa. - Foto IHSAN BOMBA

Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati dua lelaki terbabit berada di bawah jambatan berkenaan.

"Kita menaikkan mangsa dari bawah jambatan ke atas jalan raya menggunakan pengusung dan memberikan rawatan awal dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bukit Angin.

"Kita mengambil kira-kira 35 minit untuk operasi tersebut dan kedua-dua mangsa dihantar dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!