Tokan warga Myanmar tak sempat lolos diri

Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini hari ini.
Nor Azmi (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang tokan dadah warga Myanmar tidak sempat meloloskan diri apabila dicekup dalam serbuan di hutan paya bakau, Bagan Sungai Besar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan polis diketuai Inspektor Muhamad Norizan Ramli bersama anggotanya pada jam 4.45 petang.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dipercayai aktif menjalankan kegiatan penjualan dan pengedaran dadah sejak setahun lalu.

"Hasil risikan dan maklumat awam polis menyerbu port penagihan terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, hasil pemeriksaan dalam beg milik suspek menemukan lapan paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 28.16 gram.

“Nilai pasaran bagi dadah berkenaan dianggarkan RM800 dan bahan larangan itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

"Suspek ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!