Remaja tak sekolah kantoi pecah tabung masjid
TANAH MERAH - Seorang remaja ditahan ketika cuba memecahkan tabung di masjid iktikaf Chat Rimau, di sini semalam.
Kelakuan suspek berusia 15 tahun itu dikesan penduduk kampung sebelum ditahan untuk siasatan.
Ketua Polis Tanah Merah, Deputi Superintedan Suzaimi Mohamad berkata, remaja itu pernah terlibat dalam beberapa kes curi tabung masjid.
"Suspek juga tidak bersekolah dan kes disiasat di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, kes kecurian tabung masjid sering berlaku, namun masih terkawal di daerah ini.
"Oleh itu pimpinan masjid dan penduduk setempat perlu menyalurkan maklumat segera jika berlaku sebarang kes kecurian kepada polis.
"Kita harap dengan kerjasama ini dapat mengekang kegiatan curi di kawasan setempat dan mengurangkan kadar jenayah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!