RM460,000 ubah suai Pasar Besar Masjid Tanah

Mas Ermieyati (tengah) ketika melawat tapak Pasar Besar Masjid Tanah yang sedang menjalankan kerja-kerja ubah suai serta naik taraf dan dijangka siap Oktober depan.
Mas Ermieyati (tengah) ketika melawat tapak Pasar Besar Masjid Tanah yang sedang menjalankan kerja-kerja ubah suai serta naik taraf dan dijangka siap Oktober depan.
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM460,000 bagi kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Pasar Besar Masjid Tanah.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun peruntukan itu kurang daripada permohonan asal iaitu RM500,000, namun percaya dapat memberi keadaan yang lebih selesa kepada kira-kira 40 peniaga termasuk peniaga buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan ayam.

Menurutnya, kesemua peniaga telah dipindahkan ke lokasi sementara bersebelahan pembinaan pasar berkenaan sejak bulan lalu dan yakin pembinaan yang berjalan 35 peratus itu akan dapat siap sepenuhnya Oktober depan.

Katanya, ini merupakan berita baik kepada peniaga dan juga pengunjung kerana telah dapat melakukan proses transformasi pasar besar yang sebelum ini dihantui dengan pelbagai masalah seperti isu keretakan hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peniaga sejak ia beroperasi lebih 20 tahun lalu.

"Sebelum ini pernah beberapa kali pasar itu dibaik pulih. Ketika pertama kali menjadi wakil rakyat saya telah membuat permohonan dan alhamdulillah walaupun bertukar kerajaan akhirnya permohonan itu diluluskan dan dilaksanakan selepas bertemu dengan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.

Mas Ermieyati ketika bertemu peniaga Pasar Besar Masjid Tanah yang berpindah ke tapak sementara di Masjid Tanah, di sini, hari ini.
Mas Ermieyati ketika bertemu peniaga Pasar Besar Masjid Tanah yang berpindah ke tapak sementara di Masjid Tanah, di sini, hari ini.

"Ia satu keperluan yang perlu dipandang serius lebih lagi isu keretakan yang berlaku berkaitan dengan aspek keselamatan sama ada peniaga mahupun pengunjung," katanya.

Mas Ermieyati berkata demikian ketika membuat lawatan ke tapak pasar berkenaan di Masjid Tanah, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mas Ermieyati, pada lawatan tersebut dia turut menerima aduan peniaga yang kurang berpuas hati dengan tapak sementara itu dan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memantau dan mengambil berat aduan berkenaan agar dapat mencari solusi terbaik.

Selain itu, menurutnya, penstrukturan semula ruang niaga akan dibuat bagi menempatkan peniaga barangan basah dan buah-buahan di lokasi khusus dengan mengekalkan bumbung sedia ada.

"Saya faham kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak namun berharap peniaga-peniaga bersabar dan MPAG perlu memantau agar wujudnya situasi menang-menang," katanya.

Pada lawatan tersebut Mas Ermieyati turut melawat gerai sementara peniaga yang menggunakan kanvas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!