Kedah ibarat 'gadis yang masih tidur lena'

Johari
Johari
A
A
A

ALOR SETAR - Sektor pelancongan di Kedah diibaratkan seperti 'gadis yang masih tidur lena'.

Gambaran itu diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul ketika membangkitkan isu pelancongan dalam negeri yang masih di tahap lama.

Menurutnya, sektor pelancongan di negeri belum diterokai sepenuhnya walaupun Kedah memiliki banyak produk alam semula jadi yang berpotensi dimajukan.

“Saya harap kerajaan negeri gunakan sebahagian peruntukan daripada pelaburan yang diperolehi untuk majukan sektor pelancongan dengan strategi lebih berkesan termasuk bangunkan produk sedia ada yang dilihat malap,” katanya ketika mengambil bahagian membahas usul menjunjung kasih kepada Sultan Kedah di Dewan Undangan Negeri Kedah, hari ini.

Johari berkata, pihaknya yakin sekiranya usaha lebih giat dilakukan sektor pelancongan Kedah dapat dilonjakkan dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

“Namun semua pihak harus kerja kuat bukan sahaja kalangan pemimpin politik termasuk sektor korporat ahli perniagaan serta pegawai kerajaan. Tidur lama dah, kita ada banyak tempat berpotensi namun tidak dimajukan,” katanya.

Menurutnya, Langkawi yang diberi jolokan pulau pelancongan juga didakwa belum diterokai sepenuhnya.

“Contohnya Baling memiliki gua dan gunung yang cantik namun tidak dimanfaatkan kelebihan itu untuk bangunkan sektor pelancongan di daerah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Johari berkata, kerajaan negeri harus mencari punca kenapa pelancong ke Pulau Pinang yang dianggarkan mencecah 12 juta setahun tidak memilih Kedah sebagai destinasi kedua sebaliknya hanya melalui negeri ini untuk ke Thailand.

“Sudah tentu promosi harus ditingkatkan pamerkan apa yang kita miliki terutama produk alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong asing,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!