Cara merawat buku lali terseliuh

A
A
A

PERNAHKAH anda berhadapan dengan situasi buku lali terseliuh? Apa yang anda lakukan untuk meredakan kesakitan yang dialami?

Merawat terseliuh buku lali iaitu sendi pergelangan kaki dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik, mengurangkan bengkak dan melindungi buku lali yang tercedera.



BALUTAN dapat mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera.
BALUTAN dapat mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera.

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen sendi pergelangan kaki yang terkoyak atau tercedera. Kecederaan am itu biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada 'mendarat' di atas kaki plantarflexed dan terbalik.

Tanda-tanda terseliuh buku lali:

- Pesakit mengadu kesakitan selepas sendi pergelangan kaki 'terpintal', selalu berlaku semasa bersukan.

- Pesakit akan mengadu sakit pada bahagian luar pergelangan kaki, bengkak dan pendarahan di bawah kulit (lebam).

- Sakit apabila disentuh atau digerakkan di tempat tercedera.

Artikel Berkaitan:

Apa yang boleh anda lakukan seperti:

1. Rehatkan kaki
Rehatkan kaki dengan tidak menanggung berat daripada melakukan aktiviti berat. Gunakan alat untuk menyokong anggota yang tercedera seperti tongkat, kerusi roda dan sebagainya.

2. Tuam ais

Bagi mengawal dan mengurangkan bengkak tuam ais. Namun jangan letakkan ais secara langsung pada kulit dan elak meletak ais lebih daripada 20 minit pada satu masa.

3. Balut

Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak dan mengurangkan pergerakan yang menyakitkan serta menyokong kecederaan yang dialami.

4. Ampu kaki tercedera
Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda. Kaki boleh di ampu atas bantal.

5. Haba
Ransangan dengan elektrik berdenyut boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah, seterusnya meningkatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak atau ketidakselesaan.

6. Dapatkan rawatan

Jika kesakitan dan bengkak yang dialami semakin serius. Ia menunjukkan kecederaan yang dialami agak parah. Dapatkan rawatan segera terutama jika anda mengalami kebas-kebas jari, sendi terkehel, kelumpuhan dan luka.

Cara terbaik untuk mengelakkan terseliuh buku lali adalah dengan mengekalkan kekuatan, keseimbangan dan fleksibiliti otot yang baik antaranya:

- Amalkan pemanasan badan sebelum melakukan senaman dan aktiviti lasak.

- Beri perhatian ketika berjalan, berlari atau bekerja.

- Pakai kasut yang baik

- Beri perhatian terhadap tanda-tanda amaran badan apabila merasa sakit atau keletihan.

Sumber: Myhealth

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!