Barang kemas RM1j dilarikan: Keterangan pemandu diambil

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Polis telah mengambil keterangan dua pemandu pacuan empat roda yang menjadi mangsa rompakan barang kemas bernilai lebih RM1 juta di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau, di sini semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, keterangan dua lelaki berusia 30-an itu diambil bagi membantu siasatan selain berusaha mengesan empat suspek yang terlibat.

“Kita akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran jelas kes ini.

“Dua pekerja tersebut telah pun diambil keterangan dan siasatan lanjut mengenai kes rompakan ini sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, suspek yang memandu ‘kepala lori’ bertindak merempuh kedua-dua kereta yang dipandu dua pekerja itu sebelum melarikan empat beg yang mengandungi barang berharga itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rompakan terancang larikan barang kemas RM1 juta

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!