Bomba selamatkan lembu jatuh longkang

Lembu jantan itu berjaya ditarik keluar dari longkang tersebut.
Lembu jantan itu berjaya ditarik keluar dari longkang tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seekor lembu jantan yang terperangkap dalam longkang di Jalan Bukit Amber berjaya diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai hari ini.

Operasi yang digelar Khidmat Khas itu diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Ahmad Sahidon mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan lembu berkenaan.

Mohd Nazri berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.05 pagi tadi dan operasi tamat 11.30 pagi.

"Terdapat seekor lembu yang jatuh ke dalam longkang di Jalan Bukit Amber dan disedari oleh orang awam yang lalu di situ. Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk menarik lembu tersebut keluar dari lubang," katanya.

Menurutnya, tiada tali pengikat ditemui pada lembu tersebut.

"Tiada sebarang kecederaan dan tiada tali pengikat ditemui pada lembu ini. Ia melarikan diri selepas diselamatkan oleh pihak bomba," katanya.

Seramai sembilan anggota dan seorang pegawai bersama dua jentera terlibat dalam operasi terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!