Bila tegur kata diva: Izara Aishah
Selain skrip dan dialog yang sesuai, pakaian pelakon juga menjadi antara penilaian penting dalam memastikan aktor atau aktres itu berpakaian sesuai mengikut karakter.
Namun lain jadinya dengan pelakon, Izara Aishah yang diberi pakaian tidak sesuai dengan lokasi dengan watak yang dibawakannya sehingga empunya badan sendiri berasa keliru.
Menerusi beberapa 'tweet' menerusi Insta Stories dan Twitter miliknya, Izara, 26, turut meluahkan rasa kecewa apabila pakaian yang disediakan oleh pihak produksi untuk penggambaran sebuah drama tidak bersesuaian dengan karakter yang dibawakan.
"Merepek-repek stail karakter saya dalam cerita ini. Baju tak kena tempat. Dah tak kuasa nak layan.
"Bila tegur kata diva, saya tak tahu karakter apa yang saya bawa sekarang," ujarnya yang turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan pakaian yang disediakan kepadanya.
Tambah isteri kepada Adib Khalid ini, perkongsian yang dibuat bukannya sebahagian strategi pemasaran, sebaliknya lebih kepada luahan terhadap apa yang dilaluinya.
Malah dia juga sudah meluahkan rasa tidak puas hatinya, namun akhirnya dia dilabel sebagai pelakon kuat berangan.
"Ini bukan strategi pemasaran, saya tidak murah seperti itu. Ini perkara benar dan ada lagi orang buat kerja macam ni, asal boleh.
"Bila marah kata kita ni artis yang cerewet dan susah nak bekerjasama. Tuhan tolong saya," tulisnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!