Rebut peluang dengan Pembiayaan Perumahan-i Bank Rakyat
BAGI anda yang sedang membuat pembandingan untuk pembiayaan perumahan terbaik. Bank Rakyat kini sedang mengadakan kempen “Anda Beli Rumah, Kami Lengkapkan”
Menerusi pembiayaan ini, berpindah ke rumah baharu atau pembiayaan semula pastinya menjadi lebih menarik. Pelanggan yang melanggan Pembiayaan Perumahan-i Bank Rakyat berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah yang akan memenangi barangan perkakasan rumah.
Permohonan pembiayaan perumahan yang dibuat dan diterima dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018, layak menyertai kempen ini.
Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali:
- Warga kerja Bank Rakyat
- Pelanggan yang mempunyai tunggakan, kemungkiran atau tindakan guaman atas mana-mana kemudahan atau pembiayaan sedia ada dengan Bank Rakyat.
Kempen ini juga terbuka kepada pelanggan yang membuat permohonan pembiayaan perumahan bersama ahli keluarga terdekat.
Bagi setiap permohonan Pembiayaan Perumahan-i yang dilakukan dalam tempoh kempen ini dengan jumlah RM 300,000 dan ke atas akan melayakkan anda menjadi calon pemenang bertuah kami. Mekanisme penyertaan adalah seperti berikut:
Berkonsepkan pemilihan secara rawak seramai 10 pemenang bertuah.
Kelayakan hanya terbuka kepada permohonan Pembiayaan Perumahan-i berdasarkan kelulusan dan penerimaan surat tawaran sepanjang tempoh kempen dijalankan.
Hanya sah untuk kategori pembiayaan semula dan pembelian rumah sub-sale.
Hadiah menarik yang bakal dimenangi oleh 10 pemenang bertuah ialah:
- LED TV
- Mesin basuh
- Pendingin hawa 2.0HP
- Peti sejuk 700L
Untuk maklumat lanjut berserta terma dan syarat bagi pelanggan yang berminat menyertai kempen “Anda Beli Rumah, Kami Lengkapkan,” anda boleh:
- Mengunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran
- Layari laman web Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my
- Menghubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1 300 80 5454.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!