Banduan kantoi menyamar ditemukan maut dalam sel

Clauvino da Silva yang gagal dalam cubaannya melarikan diri dari penjara ditemukan maut dalam sel.
Clauvino da Silva yang gagal dalam cubaannya melarikan diri dari penjara ditemukan maut dalam sel.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Seorang pengedar dadah di Brazil yang 'kantoi' ketika cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya dilaporkan meninggal dunia.

Clauvino da Silva, ditemukan maut dalam sel, tiga hari selepas cubaannya meloloskan diri dari sebuah penjara di Rio de Janeiro pada Sabtu lalu gagal.

Menurut pihak berkuasa, Silva, 42, dipercayai menggantung diri menggunakan kain cadar.

Siasatan kini dijalankan bagi menyiasat kematian Silva yang merupakan seorang anggota kumpulan Red Command, salah satu kumpulan jenayah utama di Brazil. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Banduan kantoi menyamar

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!