JPJ Pahang keluar 245 notis

Pemeriksaan turut dilakukan ke atas kenderaan berat ketika Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pewa di Jalan Gebeng, semalam.
Pemeriksaan turut dilakukan ke atas kenderaan berat ketika Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pewa di Jalan Gebeng, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 245 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dalam Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Pewa) di Jalan Gebeng, di sini semalam.

Sebanyak 229 kesalahan dikesan pada operasi itu termasuk kesalahan membabitkan cukai jalan dan insurans mencatatkan kes paling tinggi diikuti lesen memandu dan teknikal.

Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah berkata, pihaknya mengesan 153 kesalahan melibatkan cukai jalan dan insurans, lesen memandu (55 kes), teknikal (10 kes), tidak memakai topi keledar (5 kes), lesen kenderaan perdagangan (3 kes), membawa muatan bahaya (2 kes) dan lain-lain kesalahan (1 kes).

Anggota JPJ melakukan pemeriksaan ketika Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pewa di Jalan Gebeng, semalam.
Anggota JPJ melakukan pemeriksaan ketika Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pewa di Jalan Gebeng, semalam.

"Sebanyak 229 notis termasuk saman dikeluarkan kepada pesalah selain menyita 12 motosikal dalam operasi melibatkan polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen ini.

"Polis turut mengeluarkan 43 notis atas pelbagai kesalahan, AADK menjalankan 54 ujian saringan air kencing terhadap pemandu dan penunggang di mana dua individu ditahan selepas dikesan positif dadah," katanya.

Menurutnya, JPN mengesan satu kes melibatkan kesalahan berkaitan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) tamat tempoh dan pihak Imigresen menahan lima warga asing termasuk dua wanita kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Operasi yang disertai 92 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi dalam operasi lebih dua jam yang bermula jam 5 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohammad turun padang meninjau Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pewa di Jalan Gebeng, semalam.
Mohammad turun padang meninjau Operasi Bersepadu dan Operasi Khas Pewa di Jalan Gebeng, semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!